Wednesday, 3 December 2014

BAB 1 : papa Saffa rindu

BAB 1
[ PAPA , SAFFA  RINDU ]

 Entah kenapa hari ini mama lambat tiba. Safa membisik gelisah. Sesekali ia melihat handphonenya samada ada masej yang di hantar mama.
"Mama terlupa atau mama sibuk sangat, takkan, tak call."
"Tak apalah "  Detik hati kecil Saffa. Ini bukan pertama kali mama lambat pun. Fikiran Saffa menerawang teringat pada minggu lalu pergi ke Langkawi,bersama papa."Ahhh.............papa, Saffa rindu kat papa".

Lucunya papa masa tu cari cermin mata yang disangkanya tertinggal semasa  sebelum bertolak ke Langkawi. Macam budak sekolah je, yang asyik tertinggal barang. Biasalah sebegitu sinonim murid dengan buku dan guru. Perangai murid dengan celoteh guru. Ya, jika di sekolah tentu cikgu marah bila tertinggal buku , cikgu akan berkata " nenek awak nak baca buku tu di rumah ke yang awak tinggalkan kat rumah tu".Yang kelakar nanti ada celoteh sampingan."Haa.!...Bila dah kawin nanti isteri pun terlupa... ditinggalkan dipasaraya, balik sorang-sorang".

Papa...papa..cermin mata baru katakan, mungkin ringan sangat tak perasan telah terletak di kepalanya.Mama pula masa tu , tidak melepaskan peluang mengusik papa. Mama memang masak dengan telatah papa, namun kehidupan tanpa gurauan akan hambar. Kata-kata yang selalu dilontar oleh mama pada papa.
" abang kata jiwa muda tapi...lupa-lupa ni macam..".
"Cop! Ya lah abang memang muda lagi, Kan Saffa, Aiman handsom boy" Papa provokasi mendapat sokongan dari kami.. Kami semua gelak.
Papa memang bergaya. Papa ada gaya tersendiri.Keceriaan dan usikkan begini mengembiran dan sungguh manis bila teringat.

"Hoi!....berangan bakal doktor ni sergah Aini." Aini tiba tiba muncul dan menyergah Saffah. Saffa melirik melihat Aini dengan seorang remaja lelaki sebaya dengan mereka.
"Mama kau tak datang lagi ke?" Terpancul soalan yang memang Saffa jangkakan.
"Hah dah tahu tanya pulak." Senyum Saffa yang manis itu memang menyenangkan kawan-kawannya.
"Eh, susah nak cakap dengan orang cerdik ni." Aini melirik senyum.
" Ahh,  kamu tu apa kurangnya pandai jugak kan, kelas Alfa katakan". Mereka berdua bergelak bersama cukup mesra.
"Ok, Saffa aku pegi dulu ..take care."
Aini berlalu melepasi pandangan Saffa.  Pin-pin pin...bunyi hone kereta.
Alhamdulillah mama dah datang, Saffa berbisik lega di hati.

"Maaf ya,  mama lambat  sebab tadi tiba-tiba ada pesakit bawa baby yang demam kuat."
"Tak pe,,, Saffa faham". Saffa  menoleh di tempat duduk belakang kereta. Terlihat Aiman telah lena . Nyenyak sungguh, Aiman selalunya begitu .Bila masuk dalam kereta terus boleh lena.

" Nanti mama belanja makan di restoran tepi tasik." Sambil melirik senyum pada anak gadisnya yang lama menunggunya tadi.
"Ok, Saffa tak kisah." Saffa tahu  mama selalu menyenangkan hati anak-anaknya bila ia rasa anaknya mengalami stress. Aiman pun dah lena tu di belakang  dek menunggu masa yang agak lama untuk meneliti masalah pesakit yang datang tanpa di jangka.

Kereta Dr Noraina membelok ke kanan, meluncur laju  menyusuli jalan yang lengang. Hari ini ia terlewat mengambil Saffa dari tuition dimana kebiasaannyaa jalan ini sibuk dengan urusan  ibubapa mengambil anak tuition.

" Saffa dah makan ." Itu adalah soalan yang sering ia tanya. Tugas sebagai ibu yang rutin hariannya memastikan anak-anak telah makan,  mandi  dan yang utama sohlat. Itu jugaklah pesanan suaminya Hisyam .
"Belum, tak rasa lapar sangat." Sahut Saffa pada mamanya yang terus memfokuskan pemanduannya.
"Aiman tadi mama minta staf klinik beli nasi pataya".
"Oooo... patutlah selesa je ia tidur." Sambil mata melirik pada tempat duduk belakang.
"Mama dah suruh ia mandi di klinik tadi sebab hari ini ada latihan  sukan tara di sekolah."

Kawasan kediaman mereka tidak berapa jauh dari pusat tuition dan sekolah. Dr Noraina memilih tinggal di kawasan  mempunyai banyak kemudahan asas. Di situ juga  kawasan yang aktiviti  perniagaan boleh di jalankan. Membuka klinik  adalah usaha ia membantu masyarakat mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Sampai di rumah Noraina terus memanaskan makanan yang telah tersedia. Kebiasaan nya ia telah menyediakan beberapa hidangan dan di simpan dalam peti ais. Saffa terus membersihkan dirinya, bersohlat kemudian ia akan membuka laptop untuk memeriksa samada papa ada mengirim khabar melalui email, atau ada ketika berwatsapp.
Tak da lah masej dari papa. Saffa berlalu meninggalkan biliknya. Perut mula berkeroncong , namun Saffa tidak kisah sangat kerana telah terbiasa.

Hari ini sungguh selesa, rasa berbunga-bunga jiwa Saffa kerana di sekolah tadi markah bulan Febuari ni cukup menyenangkan. Di tambah lagi di  pusat tuition tadi ia dapat markah penuh dalam kerja latihan mingguan. Namun ia terasa ada mata melirik memandangnya. Jelous tu.
Budak-budak perempuan atau lelaki  mestilah rasa cemburu. Saffa rasa puas dengan usahanya.

"Senyum je anak gadis mama ni. Mesti ada cerita best kat sekolah ke atau  kat tempat tuition." Noraina riang melihat anak gadisnya yang manis. Rasa terubat rindu pada Hisyam yang kini bertugas di Dubai. Rumahtangga yang di bina bersama Hisyam di anugerahkan dua permata hati. Kekangan masa sebagai doktor dan tugas Hisyam sebagai pilot menuntut perngorbanan yang berterusan.
"Nampak sangat ke Saffa happy,  mama".
" Anak mama mestilah mama kenal ". Sambil mencubit hidung Saffa. Saffa tergelak kecil melihatkan giginya yang tersusun rapi. Senyuman Saffa seiras Hisyam.
"Ahhh... aku merindui Hisyam". detik hati Noraina.

"Aiman tak sedar ke". Norainah mengalehkan rasa  rindu tadi agar tidak disedari  Saffa.
"Tak...". Mereka senyum bersama, Ya, masing-masing teringat papa. Sama macam papa , jika letih  tak sedar langsung. Hatta jika di bawa ayam KFC  kegemarannya, Aiman akan terus dibuai mimpi.
Dr Noraina teringat suaminya yang sedang bertugas di Dubai. Saffa biasa je kerana perutnya memang sedang lapar. Berkeroncong, menyanyikan senandung lapar,

Mama nak makan sikit je sebab tadi dah alas perut masa Aiman kelaparan tadi,
Saffa makan dulu ya, Ok.... sahut Noraina,
Dr Noraina duduk di meja makan sambil memerhati Saffa makan,Bila cuti mid semester. Test  dah dapat markah ke,
Markah biasa aje....kira ok je.
Ya ke....kalau macam tu kena capai yang luar biasalah.
Mama ni dah jadi macam papa pulak.....
Noraina senyum.....papa ada hantar email.
Tak. Pantas Saffa menjawabnya,
Hari ini papa mungkin sibuk dan mungkin letih tu. Bila papa dah hilang letih nanti ia akan kirim khabar.
"Saffa faham tapi rasa sunyi papa tak ada". Sambil menyuap nasi Saffa bersuara lagi.
" Mama mesti rindukan papa kan".
 Sambil menghabiskan sedikit aktiviti di dapur , Noraina senyum memandang Saffa.
"Mama pun macam Saffa, faham tugas papa". Masing-masing menyembunyikan perasaan sepi selepas tiga bulan Hisyam bertugas di Emarite Airline.

"InsyaAllah bulan depan papa balik bercuti semingu". Norainah melirik senyum.
"Betullah mama, minggu depan cuti separuh semester."Terlantun kegembiraan di hati anak gadis itu. Saffa nak ajak Papa pegi KLCC nak ambil gambar di roof top .
"Mama dan Papa ada jadual lain". Noraina riang melihat kegembiraan Saffa.
"Pegi mana" Saffa menginginkan jawapan.
Saffa hanya memerhati mama tersenym . Terasa sungguh membahagiakan kehidupan mereka punya ibu yang perihatin dan ayah yang penyayang.

"Tapi mama kan selalu  sibuk je. Namun cuti ni papa ada".  Hati Saffah sungguh riang.
Papa akan pulang walaupun cuma beberapa hari.


No comments:

Post a Comment